Dari Abu Zaid, yaitu Usamah bin Zaid bin Haritsah, hamba sahayanya Rasulullah s.a.w.
serta kekasihnya serta putera kekasihnya pula radhiallahu 'anhuma, katanya:
"Puteri Nabi s.a.w. mengirimkan berita kepada Nabi s.a.w. -bahawa anakku sudah
hampir meninggal dunia, maka dari itu diminta supaya menyaksikan keadaan kita."
(Kita: yakni yang akan meninggal serta yang sedang menungguinya). Beliau lalu
mengirimkan khabar sambil menyampaikan salam, katanya: "Sesungguhnya bagi Allah
adalah apa yang Dia ambil dan bagiNya pula apa yang Dia berikan dan segala
sesuatu di sampingnya itu adalah dengan ajal yang telah ditentukan, maka
hendaklah bersabar dan berniat mencari keredhaan Allah."
Puteri Nabi s.a.w. mengirimkan berita lagi
serta bersumpah nadanya supaya beliau suka mendatanginya dengan sungguh-sungguh.
Beliau s.a.w. lalu berdiri dan disertai oleh Sa'ad bin Ubadah, Mu'az bin Jabal,
Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Tsabit dan beberapa orang lelaki lain radhiallahu
'anhum.
Anak kecil itu lalu diberikan kepada
Rasulullah s.a.w., kemudian diletakkannya di atas pangkuannya sedang nafas anak
itu terengah-engah. Kemudian melelehlah airmata dari kedua mata beliau s.a.w.
itu. Sa'ad berkata: "Hai Rasulullah, apakah itu?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Airmata ini adalah rahmat Allah Ta'ala dalam hati para
hambaNya."
Dalam
riwayat lain disebutkan: "Dalam hati
siapa saja yang dikehendaki olehNya dari kalangan hamba-hambaNya. Hanya
saja yang dirahmati oleh Allah dari golongan hamba-hambaNya adalah
orang-orang yang menaruh belas
kasihan - pada sesamanya. (Muttafaq 'alaih)
-----------------------
(Riyadhus Shalihin)
Post a Comment